Pages

Subscribe:

Saturday, October 22, 2011

Petua Nenek

Hari ini - 22-Oct-2011,6.20PM



Penawar Sakit Kepala



  1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
    • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
    • Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
  2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
  3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
  5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
Cuba lah buat, aku rasa insyallah ok kot. Tapi kalau dah tak tahan sanagat, sila la rujuk doktor untuk perubatan yang lanjut. Susah sangat, telan lah Panadol ActiveFast! :D

0 Pengkritik:

Post a Comment