Pages

Subscribe:

Wednesday, December 1, 2010

Gelak

~Hari ini 2-Dec-2010, 3.40pm



~Pada hari ini ingin ku kongsikan pada anda semua tentang GELAK. Apa itu GELAK? GELAK ini datangnya dari ekspresi melalui pendengaran, percakapan mahupun sentuhan. Kebanyakan GELAK ini akan terhasil dari sesuatu benda yang lucu ataupun gembira. GELAK ini bukan sahaja berlaku pada manusia sahaja malah binatang pun. Pada manusia, GELAK ini adalah sebahagian perilaku manusia yang diatur oleh otak. Dengan ini ia dapat menjelaskan maksud atau perasaan seseorang itu dalam interaksi sosial dan memberikan konteks emosional untuk perbualan.(dah mula rasa macam penceramah) GELAK ini kadang seperti penyakit berjangkit juga, demam kepialu. Kalau anda tidak percaya, kumpulkan sekawan kawan2 korang disatu meja dan buat muka serius. Pastinya salah seorang akan mula gelak dan yang lain akan turut serta. Kajian ini telah aku buat sendiri dikedai2 makan, kompleks beli belah, mahupun di jamban awam sekitar Kuala Lumpur ini.(aku dah mula gelak sendiri) Tapi tahukah anda semua GELOTOLOGY adalah nama saintifik GELAK a.k.a tertawa.

GELAK ini telah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Memang TAK la kalau korang mengaku korang tak pernah gelak. Kalau mengaku juga, maka dengan segeranya korang pergi la buat medical checkup kerana kebarangkalian suiz ketawa anda dah rosak. Tahukah korang bahawasanya bayi seawal 17 hari sudah boleh gelak? Disini melalui kajian aku sendiri, aku telah mengkaji beberapa jenis gelak

HAHA - ini jenis yang gelak secara bersungguh2
HEHE - ini jenis cuba gelak sedaya upaya
HIHI - ini gelak tersipu2 a.k.a ponti
HOHO - ini pula jenis santa claus a.k.a orang gemok
HUHU - ini jenis redha jika terima tomahan ataupun sindiran

GELAK ini juga dipercayai bertindak sebagai awet muda kata orang2 tua. Tapi gelak ini juga boleh membuatkan orang mudah lupa. Maka dengan itu korang gelak la secara berpada2 yer. Tapi aku tahu, jika korang dah start gelak, memang tak ingat dunia. Sekali Maka lagi, renung2kan dan selamat bergelak!

inilah hasil nukilan aku yang selalu suka gelak walaupun sedih.~ah chong~

6 Pengkritik:

Anonymous said...

sangat suke gelak juge!!!!!!!hahaha

Anonymous said...

HAHAHAHHAHAHAHHAHAHA...lawak doh..

Yellow LEOpard said...

gelak bolah buat org lupa?duh..patot la aku pelupa..haha

Ah Chong said...

haha.. taw xper.. ni aku uat time da bosan tahap melampau wo. haha.

Ain Zulaikha said...

saya pun suka gelak kalau org buat lawak hahaha

kai azmier said...

hahax.. rasew nak gelak plak..

Post a Comment