Pages

Subscribe:

Sunday, October 31, 2010

Kenali Pak Pandir

Hari ini ~ 1-Nov-2010, 2.08am

Mari kenali pak pandir~

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia sedang baca blog ini. :)


p/s : Bila anda dah terkena, jgn pula tak singgah lagi blog ini. Ini cuma sekadar gurauan~

Apa Punya Cara lah

Hari ini ~ 1-Nov-2010, 2.01am



Disini ada satu kisah tentang seorang budak yang cuba isi borang untuk interview. Sengal betul ijoi ni~

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

Kesian Nenek Udin

Hari ini ~ 1-Nov-2010, 1.55am



Udin ingin menghantar neneknya ke klinik, naik motosikal.

Udin: Ayuh nek, naik kat belakang, jangan lupa pegang yang kuat-kuat ya.
Nenek: Iya, ini juga nenek sudah pegang kuat kuat ni.
Udin: Jangan lupa pegang kuat kuat ya, nek !!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek sudah pegang kuat kuat, cerewet amat kamu ni.
Udin: Ok, kalo begitu kita bertolak ya, nek.

Udin lalu mulai memulas minyak motornya, lalu terdengar benda jatuh BRUAAAAKKKK!!!!!
Udin terkejut, lalu menoleh ke belakang, ternyata si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: La kenapa jatuh ni , nek? Nenek tak pegang ya?
Nenek: Nenek dah pegang kuat kuat laaa!!!!
Udin: nenek pegang dimana?
Nenek: Di pagar rumah.
Udin: “$%^&(#…..”

Kehidupan

Hari ini ~ 31-Oct-2010, 11.36pm



~Bangun aku pada hari ini, aku sedar yang diri aku ini sudah cukup tua, Tua tak lah tua mana, cume dah besar. Dah 20 umur aku tahun ni. Takkan masih nak berperangai seperti budak2 yang sedang main 'masak2'. Tak tahulah dari mana datangnya pemikiran aku ini. Apa yang ku risau kini adalah pekara ini akan menjadi seperti hangat2 taik itik. Ku takut hanya separuh jalan saje semangat ku ini. Walaubagaimanapun aku akan gigih sepertimana kegigihan ku mengepost blog ini. Ku harap orang yang berada disekeliling dapat beri support padaku. Tatkala aku sedang kecundang dan lemah, telah ada yang telah datang membantu. Terima kasih ku ucapkan pada anda. Kini aku akan ubah sedikit demi sedikit cara dan gaya ku. So, watch out!

Permainan Tidur

Hari ini 31-Oct-2010, 8.42pm



~Oh indahnya sungguh tidur aku pada hari ini. Walaupun pagu tadi aku dikejutkan oleh rakanku yang berada ditingkat 9 kerna ada yang mengacau mereka disubuh hari. Nasib baik hanyalah gurauan teman2 mereka. "kalau ye pon korang nk kacau, jgn la ganas sampai cam tu skali. tak patut korang nie." Berbalik pada tidurku tadi, mimpi aku pada hari ini sungguh mengasyikkan. Aku merasakan mimpi ku pagi tagi seakan benar. Ku masih dapat lupakannya. Didalam mimpi aku itu, aku membayangkan wajah yang dulu pernah bertaktha dihatiku. Ku bermimpi hanya dia seorang yang aku mahu tahu jika aku telah tiada lagi di dunia ini. Sungguh aneh mimpiku itu. Tambahan lagi ada kaitannya dengan keluargaku. Ku dapat lihat wajah didalam mimpi ku itu seakan-akan benar. Seakan-akan ingin memberitahu apakah yang tersirat selama ini. Namun, apabila ku sedar ini semua hanyalah sekadar mimpi. Ku biarkan ia berlalu sahaja. Eventhough masih terniang difikiran ku, ku hanya anggap ini semuanya hanya satu permainan tidur.

Friday, October 29, 2010

Mari Gelak

Hari ini ~ 29-Oct-2010, 10.57pm,




~Sambil tengok movie kat TV3, terjumpa pula pantun ini.
Tapi bukan di TV3..

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga

Hancur Raksase di'fire' Ultraman

Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksase berlari
Mane nak samer Raksase Kero

Dua tiga Ultraman boleh kucari
Mane nak same Ultraman Taro


Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksase
Badan dan kepale die Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat

Ultraman Taro datang membantu


Buai laju-laju Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?

Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih


Sudah geharu cendana pula Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser 'Fire' diberi pada raksaser.

Ku Menanti

Hari ini ~ 29-Oct-2010, 9.37pm

~Dah berzaman rasanya tak lepak dengan korang. Bila lah korang nak pulang. Banyak problem aku hendak share bersama korang. Yang penting, sebelum korang kerja, kita lepak sampai lebam dulu. Setelah tu, kita teruskan dengan activiti Annual Vacation kita. Pada mana yang sedang menghadapi Final Exam, aku ucapkan Semoga Berjaya. Yang nak pulang dari jauh, Selamat Mengembara.


Zali Hasmidi


Faiz Norzalimi


Muhd Syazwan

Thursday, October 28, 2010

Mari Melawat

Hari ini ~ 28-Oct-2010, 8.46pm




~Hari ini, setelah selasainya presentation aku dan kawan ku Adha pergi ke Pertama Complex untuk lepak bersama Idham sambil Karaoke. Setelah puas karaoke, idham dengan ikhlas hatinya nak hantar aku dan Adha ke Stesen KTM Bank Negara. Keluar sahaja dari Sogo, Idham bertanyakan padaku. "jalan kuching lalu mana" Aku jawablah "sini". Tup tup masuk jalan nak ke Kepong. Dah satu hal. Pusing punya pusing kitorang lalu lah dihadapan Jln Mahameru. Tiba2 Idham kata "jom pegi Tugu" Dengan spontannya stereng dipusing. Memang best juga lah kerna aku first time sampai Tugu Negara ini. Terima Kasih Idham.


Ini Adha.


Ini Idham


Ini Ah Chong

Oh Assignment

Hai ini ~ 28-Oct-2010, 8.10pm



~Hari ini.. "er... nak ikutkan semalam." aku mengahadapi kepetakan dalam membuat assigment ak. Nak buat, blur. Asal nak start je blur. Aku pun dah menjadi tertekan tatkala itu. Aku bab2 copy paste ni lemah sikit. Bukan apa, nanti tak tahu apa yang perlu dijelaskan semasa presentation nanti. Kalau tak tahu, confirm gagap dan malu nak buat presentation. Setelah kepetakan dan kebeybanan melanda, pada lingkungan 2.30am aku dan kawan aku turun lah untuk menjamu selera. Sebelum turun, aku terfikir. "tadi ???? cakap ada orang beli satay makan kat umah" Wah, aku pun apa lagi. Pantang dengar makanan. Lalu aku dan 4 orang kawan aku pekenala 20 satay ayam dan 20 satay daging.
Tidak lama kemudian setelah tibanya aku dirumah, satu perasaan yang berkobar2 dalam diri ku untuk menyiapkan assignment. Tapi malangnya, apabila aku hendak mulakan ia kawan aku telah memulakan aktiviti pendengkuranya. Ketika itu aku tidak boley melelapkan mata, maka dengan itu aku terus siapkan assignment kitorang tu dengan bersungguh2. Tup tap tup tap jam dah menunjukkan pukul 6.50am." Wah, tak tido lagi ni, presentation kol 11am jp lagi." Maka dengan itu aku bercadang untuk melelapkan mata untuk seketika. Apabila ku sedar akibat kejutan dari kawan ku itu,, aku berasa sungguh malas untuk bergerak kemana2, malas untuk pergi ke kelas, malas nk present. Namun akhirnya aku tewas, aku teruskan jua jejakkan langkah kaki ku ke KOLEJ yang TERCINTA. Bila tiba waktu present, semua geng dah takut begitu juga aku. Presentation yang sepatutnya 20 minit telah menjadi 10 minit. Kami agak risau dengan keputusan kami, namun apakan daya. Kami telah berikan yang terbaik.

Tuesday, October 26, 2010

Mari Hilangkan Bosan

Hari ini ~ 27-Oct-2010, 4.48am



~Korang berasa bosan tak setelah berjam-jam online? Nak comment orang, dah. Nak post status, dah. Nak main game, dah level 100. Nak chat, tak ramai yang online. Maka dengan itu aku nak kongsikan pada korang semua laman2 web yang aku dapat dari satu laman web ini. Kadar mehilangkan bosan tidaklah 100%, tapi memadailah. Semoga korang enjoy.

Horse Quartet
Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan. “Kerja murni” ini direka khas untuk membuang waktu anda sekurang-kurangnya sehingga anda mendapat comment baru ke ape ke.

Bubble Wrap Heaven
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati kesenangan tiada penghujungnya di pejabat.

Teddy Bear Tower
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di pejabat.

Screaming Beans
Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.

Zombo
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda yang telah bekerja setengah mati seharian di pejabat. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring dipejabat

Soothing Origami
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berserakan di pejabat anda? Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). LAman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya ketika pulang ke rumah anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda.

Design a Flower
Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif. Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.

Destroy the Internet
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosau serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.

The Idiot Test
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:

1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.

2. Jika anda melakukan satu sahaja kesalahan, maka anda harus mengulang kembali dari awal.

SELAMAT MENCUBA! Kalau tak dapat hilangkan bosan korang. Harap maaf la ye.

Patutkah Mereka?

Hari ini ~ 26-Oct-2010, -.--pm

~Sebuah kolej telah digegarkan pelajar yang membuat mogok kerana duit mereka banyak disonglap oleh kolej berkenaan. Duit pinjaman yang harus pelajar dapat adalah lebih dari RM100. Kolej berkenaan telah memakan sejumlah duit pelajar demi kepentingan sendiri. Banyak janji manis dari kolej ini seperti Campus baru, hostel baru, buku teks, laptop dan banyak lagi. Ternyata ini semua hanyalah mimpi. Adakah duit pelajar2 ini betul disonglap atau digunakan untuk seperti yang dijanjikan. Jika ada, dimana buktinya, dimana hitam putih?? Bukan kerana cerewet tapi kerana duit yang diambil ini ialah hak orang. Kalau RM1,2 tidak apa lagi. Ini hampir cecah ribuan ringgit. Sekarang ini sememangnya pelajar masih tidak merasa bebanan ini, tapi bagaimana pula dimasa hadapan ketika tibanya masa untuk membayar kembali duit pinjaman ini? Pihak kolej tersebut haruslah bertidak lebih matang, mereka bukannya berurusan dengan anak2 kecil. Mereka harus sedar, pekara yang tidak elok dilakukan pasti akan tewas suatu hari nanti. Biar semana popularnya kolej ini dicorong2 radio dan tv. Jika bersalah, tetap bersalah.
Harap sesiapa yang berada diluar sana, siasat dahulu latar belakang sesebuah kolej atau universiti sebelum memasukinya. Ini demi masa depan yang terjamin. Jangan lupa juga untuk semak course yang hendak diambil sama ada telah lulus MQA atau pun belum.

Monday, October 25, 2010

Terima Kasih

Hari ini ~ 26-Oct-2010



~Ingin aku kongsikan disini bahawasanya aku ini jarang sungguh dapat hadiah. Tetapi pada hari ini dalam lamunan ku dikejutkan dengan seorang ni yang berkata ingin beri ku sesuatu. Tup.. Tup.. Tadaa~ aku dapat minyak wangi Armani Acqua botol kicik ni. Agak teruja jugak la ada yang perihatin dengan perfume apa yang ku pakai. Tak tersangka aku. Memang aku habiskan perfume Armani Exchange aku yang lama tu. Apa2 pun terima kasih atas pemberian ini. Kan ku kenang pemberian mu.

Mengambil Itu Tak Elok

Hari ini ~ 26-Oct-2010, 01.51am



~Aku berasa hairan dan pelik. Kenapa wujudnya orang suka mengambil harta benda orang lain. Kalau jahadah ni miskin tak apa la juga. Ini tak, kaya nak mampus. Antara benda2 yang jahadah ni suka rembat adalah :
  1. Softlan
  2. Barang makanan
  3. Rokok
  4. Sabun
  5. Pencuci muka
  6. Minuman segera
  7. dan pelbagai lagi

Kalau aku list barang yang dia ambil, confirm dah boleh buka supermarket. Hangin satu badan ni. Bukan aku seorang sahaja, satu rumah dia bedal. Memang macam haram. Jahadah ni tunggu masa saja untuk dibahan dan dicounsil ramai2. Kepada korang yang ada diluar sana, kalau nak sangat barang orang tu, bawak2 la minta. Jangan main ambil. Tak elok tu. Tuhan marah. Jagalah barang anda sebaiknya. Jangan biarkan barang anda diambil oleh jahadah seperti ini. Kelak akan rugi kita.

Mari Mengejut Orang Dari Tidur

Hari ini ~ 25-Oct-2010, 6.37pm

~Aku mempunyai masalah untuk bangun awal di pagi hari. Tapi masalah ini berlaku ketika aku berada di hostel aku. Lebih bila aku dah bangun, ada jer yang masih berdengkur. Itu lah yang mengakibatkan aku turut join baring pastu lelap kembali. Baru ini aku dah jumpa beberapa cara untuk mengejutkan orang bangun tidur. Yang penting, korang pun kena bangun dulu la..




Cara yang sopan :
  1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur itu, dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas atau air cond.

Cara yang agak sopan :

  1. Jerit nama dia kuat-kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit tu.. Macam mana? korang fikirlah sendiri.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
  4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
  5. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
  6. Jerit api! api! api!
  7. Letak kfc ke mcd ke ataupun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli, letak sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.

Cara yang tak berapa sopan :

  1. Pergi dekat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Pergi kat dia, baca surah yaa sin! hehehe

Cara terakhir :

  1. Panggil sahaja orang masjid ataupun surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya.

Kecundang

Hari ini ~ 25-Oct-2010, 5.19pm

~Selama ini aku selau berfikir, jika dia telah dijodohkan untuk kita mengapa harus dia persiakan? Tak tahukah menghargai satu perhubungan itu. Sering kali ku tanya kenapa, sering juga dibalas 'ntah'. Adoi, berbulu juga kadang2. Masalah telah lama timbul, tak ada nampak peluang untuk berbaik kembali. Namun apakan daya jika hati dah tak suka. Tidak dapat lagi untuk dipaksa. Telah ku korban kan segalanya. Biar tak dapat ucapan terima kasih, sekurang2nya hargailah. Dirimu kini sudah berubah, apa yang tinggal padaku hanyalah kenangan. Kau memang selalu bermain difikiran ku, tapi bukan diHATIku.

Sunday, October 24, 2010

Mari Berpantun

Hari ini ~ 25-Oct-2010, 6.04am

Ade sesetengah korang tahu sudah aku suka berpantun. Apa kata korang layan pantun aku ini..
Selamat berpantun~

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke..

The New Leaf

Hari ini ~ 25-Oct-2010, 5.46am.

~Aku telah create satu blog baru. Blog ni khas untuk aku buat coretan mahupun karya.
Sebelum2 ini aku hanya berada di separuh jalan. Tapi setelah menyedari ke-SYOK-kan berblogging ni, maka aku akan create something new begitu juga dengan hidupku. Itu lah sebab nya nama blog ini aku bubuh New Leaf (benda baru la konon) Akan ku kongsi kan byk pekara dalam blog ini insyallah. Korang2 yg diluar sana tu, follow and comment la ek. Baru semangat aku..