Pages

Subscribe:

Saturday, December 25, 2010

Makanan Naik Harga

Hari ini ~ 26-December-2010, 12.37am.



~Pada pagi yang indah tadi, aku bangun dengan segarnya untuk pekena roti canai dan secawan nescafe. Sebelum aku pekena, aku singgah di kedai runcit untuk membeli sebatang rokok supaya ku dapat nikmati tatkala habis makan nanti(buat mati cepat adalah)Setelah membeli aku pun keluar dari kedai itu. Terserempak pula dengan surat khabar Kosmo!. Dimuka hadapan paper itu menayangkan bertia tentang 'makanan mamak naik harga'. Adush! Problem besar bagi peminat setia kedai mamak. Harga yang akan dinaikan ialah sebanyak 10 peratus. Walaubagaimanapun, perjalanan aku ingin menikmati roti canai dan nescafe ialah kedai melayu disini(Klang). Kepada penggemar roti canai, spare duit lebih lah korang..

Petikan akhbar Kosmo! :-

KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.

Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

2 Pengkritik:

Farra Wichi said...

taw tape wehh . ak bace smlm paper kosmo . . bengong laa . . dah la ak suke mkn roti telur . mahai plak tu .
kang law naik roti kosong kang yg ak bantai . haha

sweet strawbery said...

lohh..nape naik harga??huhu...poyo la..mkn kt kedai mamak pon xpenah..hehehe

Post a Comment