Pages

Subscribe:

Monday, December 13, 2010

Tabiat

Hari ini ~14-December-2010, 5.35am




Apa yang ingin dikongsikan disini adalah tabiat orang. Pekara ini banyak berlaku dikalangan muda mahupun tua. Ini mungkin pengaruh dari zaman berzaman. Antara2 pekara ini memang nampak biasa tapi bila direnungkan secara mendalam, memang nampak pelik. Tabiatnya adalah :-

MELATAH
Pada kebiasan tabiat ini berlaku dikalangan orang2 tua sahaja. Budak2 remaja memang syok kalau kenakan mereka ini sehingga berjoget2. Perasan atau tidak, yang dok syok mengacau itu lama kelamaan berlaku atas dirinya sendiri. Mereka pula yang melatah. Pekara ini sama ada penyakit yang berjangkit, atau ikut2. Apa kejadahnya.(hehe) Yang menjadi tak bestnya, apabila melatah habis semua nak dicarutkan. Kalau boleh pada yang melatah tu, sebut la Oh sayang ke, Oh saya hensem ke. Bukan ke lebih elok.

SUKA BERTANYA
Memang tak salah jika bertanya. Malah ada pepatah berkata, malu tanya sesat jalan. Tapi dalam kes tabiat ini lain sikit. Pada kebiasan orang akan tanya kepada orang lain apa mereka henda buat apa/kemana/dari mana padahal mereka dah tahu. Pekara ini boleh menyebabkan orang yang ditanya itu menjadi runsing dan bingung. Pasti dia akan berkata "bangang ke apa dia ni". Lain kali korang cuba lah tanya 'bila beli baju baru' ke 'kenapa kau hensem sangat hari ini' ke. Pasti orang itu akan kembang kempis hidungnya.

KOREK HIDUNG
Pekara ini amat famous sekali dikalangan2 pemandu kereta. Kalau anda cuba perhatikan dalam kesesakan lalu lintas. Cuba anda renung kiri dan kanan. Mesti ada yang sedang korek hidung. Jangan kata laki, awek cun pun ada. Maklum la, time mandi nak korek tak sempat. Nak korek lepas mandi, tergesa2 pula nak pergi office. Memang tepat la masa yang terluan time sesak tu nak korek hidung. Tapi jangan buang merata dan lupa nak basuh tangan sudah la yer.

LOYER BURUK
Entah betul ke tidak ejaan aku ini. Yang penting korang paham la ye. Kita ni kadang2 memang perlu ntuk bergurau senda sesama insan supaya dapat terukirnya senyuman dibibir tu. Tapi kadang2 ada juga individu yang terlebih2. Ini pun dah kira dua dalam satu, suka loyer buruk dan nak lebih2. Nak lakukan sekali pun, tengok2 lah situasinya. Ada yang boleh menerima, ada yang tidak.

PERIHATIN
Kita semua memang perhatin. Memang bagus tabiat ini. Tapi yang jadi tak bestnya ialah apabila (misalnya) ada kemalangan, memang ramai ada ditempat kejadian. Penuh macam tengok konsert lah. Tapi kalau yang semuanya tolong tak apa juga. Ini hanya interframe saja. Ini juga secara lansung boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Bila adanya kesesakan lalu lintas, lagi ramailah yang korek hidung. Jika anda berasa benar2 nak bantu, singgah lah. Jika nak tahu apa yang terjadi, usha sudah ler.

Aku create ini untuk berkongsikan kepada anda semua. Moga2 kita semua dapat iktibar ye. Kalau ada yang terasa, biasa lah tu. Aku ni pun sama je.

0 Pengkritik:

Post a Comment