Pages

Subscribe:

Saturday, November 27, 2010

Renungkan

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Friday, November 26, 2010

Padah!

~Cerita ini aku dapat difacebook. Renung2kan.. termasuk aku yang addict Nescafe ni.


Kawan saya (dah arwah)...... .

dari usia muda.....

pagi nescafe..... 2 X..

petang nescafe....2X. ..

malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .

bengun dari kerusi ........

kaki dia terus patah....

ulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah

non dairy creamer 3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 7. Elakkan mandi selepas makan 8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada

nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

Thursday, November 25, 2010

Gelak Tawa

~Apa yang aku ingin kongsikan disini ialah satu babak Johan dan Zizan di Shout! Award tempoh hari. Harap korang akan gelak samapi kering gusi, berbebelit usus perut korang ok? Enjoy~

Perjalanan ku

Hari ini ~ 26-Nov-2010, 3.22pm

~Hari ini aku akan memulakan perjalan ke Kampar, rumah Mohd Adha. Kakaknya tunang so beliau ingin aku meng-photoshoot-kan gambar kakaknya sebagai kenangan. Tapi malangnya ku tidak mempunyai tools yang cukup. Dengan harapan yang tinggi moga-moga aku dapat shoot yang tebaek dari ladang. Bak kata pepatah ;
INSAN YANG CEMERLANG DATANGNYA DARI AKAL DAN JIWA YANG BERSIH.
Dalam pada masa yang yang sama aku sedang searching for birthday present untuk dia ini. Secara lansungnya aku menjadi bingung untuk memberinya apa. Hope apa yang akan ku beri nanti bermakna untuknya (aku dah mula angau ar ni). Nampakkan permainannya? Tapi ini bukan lah satu permainan yang main2, ini serious. Dalam pada masa yang sama juga aku bingung. (kenapa? LPLS)

USAHA TANGGA KEJAYAAN
NEVER GIVE UP
TRY ALL THAT YOU CAN
BELIEVE WITH YOUR HEART

23 Sebab

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.




5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.



9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.



10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.



21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, November 24, 2010

8 Petanda Jodoh

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?



Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawasi dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?





Petanda 1Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjangadalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!



Petanda 2Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!



Petanda 3Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...



Petanda 4Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.



Petanda 5Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...



Petanda 6Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..



Petanda 7Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Dia memangnya disuratkan untuk bersama!



Petanda 8Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat ditangannya daripada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Senyuman mu, Senyuman ku jua

Hari ini 24-Nov-2010, 6.24pm



~Habis cuti, dah kena balik Kepong. Sedih betul rasanya nak tinggalkan member2 kat sinun. Baru lepak kejap. Dah nak kena masuk kolej balik. Exam ade lagi. Nasib baik agak senang tadi. Namun begitu, dalam kesedihan aku ni menjelangnya Hari Jadi budak ni bernama Ekin (bukan nama sebenar) Pada mulanya aku ingat melepas nak kenakan dia, tapi atas bantuan Farra, Rushanida dan Ain, dapat juga aku menempel tepung pada dia. Nasib naik telur tak terlibat masa itu, kalau tak mesti dia nangis. :p

~aL-kisah bermula la di Abdullah Seafood, dekat2 ngan Mcd Kepong tu. Mula2 diorang plan nk mkn biasa2 je. Ekin ni tak tahu apa yang bakal berlaku (mahupun aku). Kemudian berlalu la Farra dengan Ida untuk mendapatkan KEK Hari Jadi Ekin ni dengan alasan mereka nak ke bank untuk cucuk duit. Tup~~tup~~tadddaaa~~~ Suprise!! Dengan muka yang agak terkejut Ekin memandang ke arah kek itu bersama senyuman nya yang manis.

Setelah meniup lilin tu menggunakan hidung nya, dia pun potong lah kek itu. Kemudian berlaku nya pesta syelek-menyelek kek kat muka Ekin..

suka betul mereka
Ekin redha menerima extra make-up dari mereka ini dengan satu senyuman yang manis. Jangan la kamoo marah ye, adat la tu..

Senyum ke sengih?
Setelah kembali kerumah, tepat pada jangkaan Ekin yang dia memang akan terkena tempelan tepung lagi. Kali ini dia tak dapat melarikan diri.

ni siapa yang patut kena lebih?
suka Farra mengenakan orang
mereka la Wonder Tepung Girls
jangan nangis ye.

Walauapa pun Ekin, tabah lah menghadapi nya ok? Hope kamoo happy.
Happy Sweet 19 Birthday Ekin
Moga sukses dalam hidup~


Percutian Aidil Adha (kawan2)

Hari ini ~ 24-Nov-2010, 5.57pm



~Ha.. Disini aku akan ceritakan percutian aku bersama geng aku. Bila kitorang ber-4 sudah bergabung, memang kalah Power Rangers. Apa2 pun kesian kat kawan aku yang sorang ni, Zali Hasmidi sebab tempat nya di Perlis dilanda banjir besar. Masa dia balik tu, nak kenakan telur sebab birthday dia pada 2-Nov-2010 pun tak jadi. (dia balik 15-Nov-2010 begitu juga Faiz Norzalimi) Yang sorang lagi ni Muhd Syazwan, dia paling kuat tidur. Masuk jer kereta, krrrohhh~~~ Rase macam nak wrestling dia pun ada. Tapi biarkan la. :p

Comel tak dia tidur? uwek!


Mereka ni pua dah masuk air kat belakang



aku macam biasa la. setia pada stereng.

~Maka dengan itu kitorang pun pusing2 KL, makan2, nyanyi dan banyak lagi. Tapi malang nya cuti aku pun hanya sementara. Geram betol aku. Namun apakan daya, Zali dan Faiz dah mula ber-Cargill. Korang tunggu kepulangan aku setelah aku ke Kampar untuk photoshoot ok?

Percutian Aidil Adha (family)

Hari ini ~ 24-Nov-2010, 5.21pm



~Disini ingin ku kongsikan apa yang berlaku sepanjang dari raya haji sampai la sekarang. Percutian aku di Klang tak ada banyak yang yang best. Cuma tahun ini aku berkesempatan untuk menyertai aktiviti Penyembelihan lembu di Masjid K.R.U. Gambar tak dapat di-upload-kan atas sebab gambar itu kini berada di tangan Muhd Syazwan. Pekabaran yang best, kawan2 aku dari uitm Zali Hasmidi dan Faiz Norzalimi telah pulang ke tanah air. Memang lepak sakan dengan mereka. Tatkala kebosanan, ini lah yang aku buat. Men-capture gambar ;


ni siapa tak kenal. Taiko+Old Timer=Amaa.. Nenek ku

Ini gambar adik aku, Gurl2 nama nya.




ini pula, aboy.


yang baju biru tu adik aku juga, Misha. yang didukung tu, Dik Nor. anak jiran

~Haha. Ini yang dapat ku kongsikan tentang family ku~ Gambar parent aku tak ada kerana mereka ada banyak urusan untuk dibuat. Kesian mereka~ -.-'

Saturday, November 13, 2010

Cool

Hari ini ~ 11-Nov-2010, 4.23am

~Kalau lah semua lecturer buat macam ini, confirm happening class itu.. Layan~




*beberapa video akan diupload lagi..