Pages

Subscribe:

Monday, January 10, 2011

On Twitter

Aku kini berada di Twitter!

Follow me!


@ahchongz


Saturday, January 1, 2011

2010 Top 10 song

Hari ini ~ 1-January-2011, 6.36pm


~Ini pula antara lagu2 yang popular di tahun 2010 a.k.a semasa. Pada yang tengah bingung cari lagu2, boleh lah refer pada blog aku ini. Tapi sekali lagi aku nak mintak maaf sebab aku hanya dapat yang luar negara sahaja. Aku bukan tak support local band, tapi susah nak cari. Kadang2 dengar lagu dah sedap, tapi tak tahu siapa yang nyanyi, apa tajuk nya. Dan aku pula minat lagu english. So, enjoy.



TOP 10

Grenade - Bruno Mars Firework - Katy Perry

We R Who We R - Ke$ha What's my Name - Rihanna ft. Drake

Raise Your Glass - P!nk Black and Yellow - Wiz Khalifa

Tonight (I'm Lovin' You) -
Enrique Iglesias Featuring Ludacris & DJ Frank E

Bottoms Up -
Trey Songz Featuring Nicki Minaj

The Time (Dirty Bit) - The Black Eyed Peas

Just The Way You Are -
Bruno Mars

Movies 2011

Hari ini ~1-January-2011, 5.44pm

~Disini ingin aku kongsikan kepada semua tentang movie2 yang bakal ditayangkan pada 2011. Tapi list movie melayu tak dapat ku ketemui, hanya luar negara sahaja. Sorry lah pada yang mencari movie melayu yer. Tapi untuk makluman anda, movie2 ini semua tak confirm dapat masuk malaysia atau tidak atau bila tayangannya diMalaysia. Cuma sekadar berkongsi info sahaja..

Berikut adalah :-


Transformers 3
[Dark of The Moon]



Pirates of Caribbean 4
[On Stranger Tides]


Last Airbender 2


X-men
[First class]


Fast and Furious 5



Green Lantern


The Twilight Saga
[Breaking Dawn]



Harry Potter 8



Captain America


Real Steel


Saw 8



11 11 11



Ghost Rider 2
[Spirit of Vengeance]



Mission Impossible 4
[Ghost Protocol]


Night at The Museum 3


Scary Movie 5



Terminator 5


Friday, December 31, 2010

Happy New Year!

Hari ini ~ 31-DECEMBER-2010, 5.50 PM





~Hari ini ialah hari terakhir tahun 2010. Hari penghujungnya. Dalam 2 jam lagi, (dari masa aku post ini) Sepanjang tahun 2010 ini, banyak pahit manis telah ku lalui. Dari kuberdua sehinnga lah ku single ini. Kepada sesiapa yang aku ada terusik ke, tersinggung ke, kira 0-0 la ye. Buat2 la macam Raya. Kepada sesiapa yang berazam baru tu, harap2 dapat lah korang kecapinya ok? tapi kalau azam tahun lepas lom laksana lagi. laksana kan lah tahun 2011. Sayang nak tinggal tahun 2010 ni, banyak sangat kenangan nya, sampai full memory otak aku. Dalam tahun ini juga nama Malaysia telah naik gara2 menang dalam bola Piala AFF. Jika Malaysia boleh, rakyatnya pun boleh. Ini adalah list2 top friend aku of the year yang aku nilaikan berdasarkan kebahagian yang kita kecapi bersama :-

Zali Hasmidi
Muhd Syazwan
Faiz Norzalimi
Mohd Adha

Khairril
Syafiq
Qidah

Ellena Talha
Izyan
Nur Liana
Syazana
(click untuk tengok profile)
~Thankz pada korang semua kerna membuat tahun ku sungguh best! Tahun depan buat lagi la yer. haha.
HAPPY NEW YEAR!!!

Sunday, December 26, 2010

Ultraman Noob

Hari ini ~ 26-December-2010, 4.52pm

~Tadi aku dah memblogwalking, aku singgah lah dit youtube.com untuk tengok video yang lawak supaya dapat hilangkan sikit rasa bosan aku di hari Ahad yang indah ini. Saja2 aku search video Ultraman, tak sangka pula ada Ultraman yang lupa skill.. Adoi, ape nak jadi dengan Ultraman zaman sekarag ni, HAHA.


Saturday, December 25, 2010

Makanan Naik Harga

Hari ini ~ 26-December-2010, 12.37am.



~Pada pagi yang indah tadi, aku bangun dengan segarnya untuk pekena roti canai dan secawan nescafe. Sebelum aku pekena, aku singgah di kedai runcit untuk membeli sebatang rokok supaya ku dapat nikmati tatkala habis makan nanti(buat mati cepat adalah)Setelah membeli aku pun keluar dari kedai itu. Terserempak pula dengan surat khabar Kosmo!. Dimuka hadapan paper itu menayangkan bertia tentang 'makanan mamak naik harga'. Adush! Problem besar bagi peminat setia kedai mamak. Harga yang akan dinaikan ialah sebanyak 10 peratus. Walaubagaimanapun, perjalanan aku ingin menikmati roti canai dan nescafe ialah kedai melayu disini(Klang). Kepada penggemar roti canai, spare duit lebih lah korang..

Petikan akhbar Kosmo! :-

KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.

Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

Monday, December 20, 2010

Mari Memancing

Hari ini ~ 21-December-2010, 1.44am



Hari ini ialah hari yang amat membosankan untuk aku satu rumah ni(including housemate). Mujurlah adanya iPhone untuk menghiburkan kami semua. Bagaimana ia menghiburkan kami? Mudah saja, of coz la game. Game yang aku maksudkan disini ialah game memancing. Secara tidak lansungnya aku telah mencetuskan suasana bertanding siapa yang berjaya tangkap ikan paling besar. Walaupun ia sekadar game, kepuasan masih dapat dirasai.Memang sudah lama aku tidak kelaut untuk memancing bersama rakan2 ku dikampung, tapi game ini dapat mengubat sikit kerinduan aku memancing dilaut. Kalau korang ada iPhone, download la game ini ye, memang menghiburkan.

Saturday, December 18, 2010

Nutella

Hari ini ~19-December-2010, 1.37am



Sebentar lagi tibalah masanya aku perlukan khidmat pisau. Tapi aku tak perlu lah yang tajam2, yang tumpul sahaja. Dan aku juga perlukan sekeping roti. Korang mesti pelikkan kenapa aku perlukan roti disaat aku post ini. HAH! ini kerana aku lapar yang amat!! Kenapa aku lapar? Sebab petang tadi aku ke Carrefour bersama housemate aku. Jalan punya jalan ada la pula promotion makanan. Lalu aku dan rakan2 approach la kearahnya. Dengar punya dengar mamat itu membebel, lalu dia hulurkan tester. Rasa punya rasa, PPEEERRGGH!!!! sedap kot! Harga time ni lak murah. Memang aku sambar la. Apa yang aku maksudkan disini ialah NUTELLA. Haha. Memang sedap natang ni! Dengan hazelnut, skimmed milk.. memang sangap la! Sambung tentang pisau tadi, aku nak gunakan untuk cuit NUTELLA tu dan sapu pada roti. Masa untuk menjamu selera!

Monday, December 13, 2010

Tabiat

Hari ini ~14-December-2010, 5.35am




Apa yang ingin dikongsikan disini adalah tabiat orang. Pekara ini banyak berlaku dikalangan muda mahupun tua. Ini mungkin pengaruh dari zaman berzaman. Antara2 pekara ini memang nampak biasa tapi bila direnungkan secara mendalam, memang nampak pelik. Tabiatnya adalah :-

MELATAH
Pada kebiasan tabiat ini berlaku dikalangan orang2 tua sahaja. Budak2 remaja memang syok kalau kenakan mereka ini sehingga berjoget2. Perasan atau tidak, yang dok syok mengacau itu lama kelamaan berlaku atas dirinya sendiri. Mereka pula yang melatah. Pekara ini sama ada penyakit yang berjangkit, atau ikut2. Apa kejadahnya.(hehe) Yang menjadi tak bestnya, apabila melatah habis semua nak dicarutkan. Kalau boleh pada yang melatah tu, sebut la Oh sayang ke, Oh saya hensem ke. Bukan ke lebih elok.

SUKA BERTANYA
Memang tak salah jika bertanya. Malah ada pepatah berkata, malu tanya sesat jalan. Tapi dalam kes tabiat ini lain sikit. Pada kebiasan orang akan tanya kepada orang lain apa mereka henda buat apa/kemana/dari mana padahal mereka dah tahu. Pekara ini boleh menyebabkan orang yang ditanya itu menjadi runsing dan bingung. Pasti dia akan berkata "bangang ke apa dia ni". Lain kali korang cuba lah tanya 'bila beli baju baru' ke 'kenapa kau hensem sangat hari ini' ke. Pasti orang itu akan kembang kempis hidungnya.

KOREK HIDUNG
Pekara ini amat famous sekali dikalangan2 pemandu kereta. Kalau anda cuba perhatikan dalam kesesakan lalu lintas. Cuba anda renung kiri dan kanan. Mesti ada yang sedang korek hidung. Jangan kata laki, awek cun pun ada. Maklum la, time mandi nak korek tak sempat. Nak korek lepas mandi, tergesa2 pula nak pergi office. Memang tepat la masa yang terluan time sesak tu nak korek hidung. Tapi jangan buang merata dan lupa nak basuh tangan sudah la yer.

LOYER BURUK
Entah betul ke tidak ejaan aku ini. Yang penting korang paham la ye. Kita ni kadang2 memang perlu ntuk bergurau senda sesama insan supaya dapat terukirnya senyuman dibibir tu. Tapi kadang2 ada juga individu yang terlebih2. Ini pun dah kira dua dalam satu, suka loyer buruk dan nak lebih2. Nak lakukan sekali pun, tengok2 lah situasinya. Ada yang boleh menerima, ada yang tidak.

PERIHATIN
Kita semua memang perhatin. Memang bagus tabiat ini. Tapi yang jadi tak bestnya ialah apabila (misalnya) ada kemalangan, memang ramai ada ditempat kejadian. Penuh macam tengok konsert lah. Tapi kalau yang semuanya tolong tak apa juga. Ini hanya interframe saja. Ini juga secara lansung boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Bila adanya kesesakan lalu lintas, lagi ramailah yang korek hidung. Jika anda berasa benar2 nak bantu, singgah lah. Jika nak tahu apa yang terjadi, usha sudah ler.

Aku create ini untuk berkongsikan kepada anda semua. Moga2 kita semua dapat iktibar ye. Kalau ada yang terasa, biasa lah tu. Aku ni pun sama je.

Wednesday, December 1, 2010

Gelak

~Hari ini 2-Dec-2010, 3.40pm



~Pada hari ini ingin ku kongsikan pada anda semua tentang GELAK. Apa itu GELAK? GELAK ini datangnya dari ekspresi melalui pendengaran, percakapan mahupun sentuhan. Kebanyakan GELAK ini akan terhasil dari sesuatu benda yang lucu ataupun gembira. GELAK ini bukan sahaja berlaku pada manusia sahaja malah binatang pun. Pada manusia, GELAK ini adalah sebahagian perilaku manusia yang diatur oleh otak. Dengan ini ia dapat menjelaskan maksud atau perasaan seseorang itu dalam interaksi sosial dan memberikan konteks emosional untuk perbualan.(dah mula rasa macam penceramah) GELAK ini kadang seperti penyakit berjangkit juga, demam kepialu. Kalau anda tidak percaya, kumpulkan sekawan kawan2 korang disatu meja dan buat muka serius. Pastinya salah seorang akan mula gelak dan yang lain akan turut serta. Kajian ini telah aku buat sendiri dikedai2 makan, kompleks beli belah, mahupun di jamban awam sekitar Kuala Lumpur ini.(aku dah mula gelak sendiri) Tapi tahukah anda semua GELOTOLOGY adalah nama saintifik GELAK a.k.a tertawa.

GELAK ini telah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Memang TAK la kalau korang mengaku korang tak pernah gelak. Kalau mengaku juga, maka dengan segeranya korang pergi la buat medical checkup kerana kebarangkalian suiz ketawa anda dah rosak. Tahukah korang bahawasanya bayi seawal 17 hari sudah boleh gelak? Disini melalui kajian aku sendiri, aku telah mengkaji beberapa jenis gelak

HAHA - ini jenis yang gelak secara bersungguh2
HEHE - ini jenis cuba gelak sedaya upaya
HIHI - ini gelak tersipu2 a.k.a ponti
HOHO - ini pula jenis santa claus a.k.a orang gemok
HUHU - ini jenis redha jika terima tomahan ataupun sindiran

GELAK ini juga dipercayai bertindak sebagai awet muda kata orang2 tua. Tapi gelak ini juga boleh membuatkan orang mudah lupa. Maka dengan itu korang gelak la secara berpada2 yer. Tapi aku tahu, jika korang dah start gelak, memang tak ingat dunia. Sekali Maka lagi, renung2kan dan selamat bergelak!

inilah hasil nukilan aku yang selalu suka gelak walaupun sedih.~ah chong~