Pages

Subscribe:

Thursday, October 28, 2010

Oh Assignment

Hai ini ~ 28-Oct-2010, 8.10pm



~Hari ini.. "er... nak ikutkan semalam." aku mengahadapi kepetakan dalam membuat assigment ak. Nak buat, blur. Asal nak start je blur. Aku pun dah menjadi tertekan tatkala itu. Aku bab2 copy paste ni lemah sikit. Bukan apa, nanti tak tahu apa yang perlu dijelaskan semasa presentation nanti. Kalau tak tahu, confirm gagap dan malu nak buat presentation. Setelah kepetakan dan kebeybanan melanda, pada lingkungan 2.30am aku dan kawan aku turun lah untuk menjamu selera. Sebelum turun, aku terfikir. "tadi ???? cakap ada orang beli satay makan kat umah" Wah, aku pun apa lagi. Pantang dengar makanan. Lalu aku dan 4 orang kawan aku pekenala 20 satay ayam dan 20 satay daging.
Tidak lama kemudian setelah tibanya aku dirumah, satu perasaan yang berkobar2 dalam diri ku untuk menyiapkan assignment. Tapi malangnya, apabila aku hendak mulakan ia kawan aku telah memulakan aktiviti pendengkuranya. Ketika itu aku tidak boley melelapkan mata, maka dengan itu aku terus siapkan assignment kitorang tu dengan bersungguh2. Tup tap tup tap jam dah menunjukkan pukul 6.50am." Wah, tak tido lagi ni, presentation kol 11am jp lagi." Maka dengan itu aku bercadang untuk melelapkan mata untuk seketika. Apabila ku sedar akibat kejutan dari kawan ku itu,, aku berasa sungguh malas untuk bergerak kemana2, malas untuk pergi ke kelas, malas nk present. Namun akhirnya aku tewas, aku teruskan jua jejakkan langkah kaki ku ke KOLEJ yang TERCINTA. Bila tiba waktu present, semua geng dah takut begitu juga aku. Presentation yang sepatutnya 20 minit telah menjadi 10 minit. Kami agak risau dengan keputusan kami, namun apakan daya. Kami telah berikan yang terbaik.

0 Pengkritik:

Post a Comment