Pages

Subscribe:

Monday, October 25, 2010

Mari Mengejut Orang Dari Tidur

Hari ini ~ 25-Oct-2010, 6.37pm

~Aku mempunyai masalah untuk bangun awal di pagi hari. Tapi masalah ini berlaku ketika aku berada di hostel aku. Lebih bila aku dah bangun, ada jer yang masih berdengkur. Itu lah yang mengakibatkan aku turut join baring pastu lelap kembali. Baru ini aku dah jumpa beberapa cara untuk mengejutkan orang bangun tidur. Yang penting, korang pun kena bangun dulu la..




Cara yang sopan :
  1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur itu, dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas atau air cond.

Cara yang agak sopan :

  1. Jerit nama dia kuat-kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit tu.. Macam mana? korang fikirlah sendiri.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
  4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
  5. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
  6. Jerit api! api! api!
  7. Letak kfc ke mcd ke ataupun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli, letak sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.

Cara yang tak berapa sopan :

  1. Pergi dekat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Pergi kat dia, baca surah yaa sin! hehehe

Cara terakhir :

  1. Panggil sahaja orang masjid ataupun surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya.

1 Pengkritik:

Post a Comment