Pages

Subscribe:

Tuesday, October 26, 2010

Patutkah Mereka?

Hari ini ~ 26-Oct-2010, -.--pm

~Sebuah kolej telah digegarkan pelajar yang membuat mogok kerana duit mereka banyak disonglap oleh kolej berkenaan. Duit pinjaman yang harus pelajar dapat adalah lebih dari RM100. Kolej berkenaan telah memakan sejumlah duit pelajar demi kepentingan sendiri. Banyak janji manis dari kolej ini seperti Campus baru, hostel baru, buku teks, laptop dan banyak lagi. Ternyata ini semua hanyalah mimpi. Adakah duit pelajar2 ini betul disonglap atau digunakan untuk seperti yang dijanjikan. Jika ada, dimana buktinya, dimana hitam putih?? Bukan kerana cerewet tapi kerana duit yang diambil ini ialah hak orang. Kalau RM1,2 tidak apa lagi. Ini hampir cecah ribuan ringgit. Sekarang ini sememangnya pelajar masih tidak merasa bebanan ini, tapi bagaimana pula dimasa hadapan ketika tibanya masa untuk membayar kembali duit pinjaman ini? Pihak kolej tersebut haruslah bertidak lebih matang, mereka bukannya berurusan dengan anak2 kecil. Mereka harus sedar, pekara yang tidak elok dilakukan pasti akan tewas suatu hari nanti. Biar semana popularnya kolej ini dicorong2 radio dan tv. Jika bersalah, tetap bersalah.
Harap sesiapa yang berada diluar sana, siasat dahulu latar belakang sesebuah kolej atau universiti sebelum memasukinya. Ini demi masa depan yang terjamin. Jangan lupa juga untuk semak course yang hendak diambil sama ada telah lulus MQA atau pun belum.

1 Pengkritik:

sukiey wardi said...

sgt2 ta suke ini berlaku .

Post a Comment