Pages

Subscribe:

Tuesday, October 26, 2010

Mari Hilangkan Bosan

Hari ini ~ 27-Oct-2010, 4.48am



~Korang berasa bosan tak setelah berjam-jam online? Nak comment orang, dah. Nak post status, dah. Nak main game, dah level 100. Nak chat, tak ramai yang online. Maka dengan itu aku nak kongsikan pada korang semua laman2 web yang aku dapat dari satu laman web ini. Kadar mehilangkan bosan tidaklah 100%, tapi memadailah. Semoga korang enjoy.

Horse Quartet
Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan. “Kerja murni” ini direka khas untuk membuang waktu anda sekurang-kurangnya sehingga anda mendapat comment baru ke ape ke.

Bubble Wrap Heaven
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati kesenangan tiada penghujungnya di pejabat.

Teddy Bear Tower
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di pejabat.

Screaming Beans
Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.

Zombo
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda yang telah bekerja setengah mati seharian di pejabat. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring dipejabat

Soothing Origami
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berserakan di pejabat anda? Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). LAman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya ketika pulang ke rumah anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda.

Design a Flower
Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif. Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.

Destroy the Internet
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosau serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.

The Idiot Test
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:

1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.

2. Jika anda melakukan satu sahaja kesalahan, maka anda harus mengulang kembali dari awal.

SELAMAT MENCUBA! Kalau tak dapat hilangkan bosan korang. Harap maaf la ye.

0 Pengkritik:

Post a Comment